KEBANYAKAN pemimpin politik mereka hanya memimpin rakyatnya dengan ucapan retorik politik diselaputi janji bulan dan bintang.
Tidak kurang juga melemparkan fitnah kepada parti lawan seperti dilakukan oleh PMX dalam isu dana judi.
Namun PAS berbeza. Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS meletakkan penanda aras di prestijnya tersendiri bagi perjuangan PAS.
Beliau memimpin dengan ilmu. Ilmu Islam yang sangat mendalam! Faktanya, buku yang ditulis oleh beliau terlalu amat lebih banyak mengenai ilmu Islam berbanding politik kepartian. Kuliah ilmu beliau pula lebih banyak melebihi daripada ceramah politik kepartian.
Setiap minggu, Minda Presiden yang diterbitkan terlalu amat sarat dengan penghujahan ‘sahih dan sarih’ daripada sumber al-Quran, hadis, dan kitab-kitab ulama besar dalam Islam. Kadang-kadang belum sempat kita faham Minda Presiden yang pertama, telah terbit Minda Presiden yang berikutnya.
Itulah ‘standard’ Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS.
Alhamdulillah buku baru bertajuk Jejak Nabi Muhammad SAW dan Tafsir al-Tibyan Surah al-Fatihah karya Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS telah dilancarkan pada hari semalam di PWTC bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
Satu lagi khazanah ilmu dipahatkan dalam buku bakal menjadi rujukan buat para pengkaji, ilmuan Islam, pelajar dan ummah yang memcintai Nabi SAW di dunia ini.
Semoga Allah kurniakan kesembuhan yang berpanjangan kepada Tan Sri Tuan Guru! – HARAKAHDAILY 28/5/2023