Perlis akan tingkat lagi hasil pencapaian negeri

- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan negeri Perlis akan meningkatkan lagi hasil pencapaian negeri, kata Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

- Advertisement -

Menruutnya, menerusi Sesi Libat Urus yang diadakan pada hari ini, ia memberi dapatan baik kepada kerajaan negeri.

“Sesi hari ini amat baik dan wajar diteruskan oleh kementerian-kementerian yang lain untuk memastikan kerajaan negeri dan pusat dapat seiiring demi kepentingan rakyat.

“Insya-Allah, kita akan usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian kerajaan negeri dengan bantuan pihak kementerian khususnya ekonomi,” katanya pada sidang media sempena Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) di Dewan Bankuet, di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Hanifah Hajar Taib. (Foto atas)

Beliau berkata, pihaknya juga berharap semua sektor dapat ditambah baik terutamanya pertanian dan industri.

“Sektor industri ini kita baru bermula, manakala sektor pertanian kita sudah lama ceburi dan akan tingkatkan bagi membantu manambah pendapatan rakyat.

“Kita berhati-hati untuk menerima pelaburan bagi memastikan setiap pelaburan dapat memberi peluang pekerjaan untuk anak Perlis supaya mereka tidak merantau ke negeri lain,” katanya lagi.

Perlis menjadi negeri kedua selepas Pahang dalam menjayakan Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas bersama Kementerian Ekonomi. – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -