Umno bersama DAP: Itukah kestabilan politik?

- Advertisement -

TUJUAN sidang media diadakan bagi memberikan penjelasan pada kenyataan saya pada beberapa hari yang lepas yang telah tular dan memberikan sedikit kejutan kepada politik di Negeri Perak dan merespon kenyataan media YAB Menteri Besar Perak pagi ini. 

Respon kepada kenyataan YAB Menteri Besar Perak pagi tadi mengenai dengan beberapa ada beberapa Ahli Dewan Negeri yang datang pada saya, saya mengesahkan perkara itu, dan memang menjadi kebiasaan untuk saya dan beberapa Ahli Dewan Negeri tersebut saling bertukar fikiran berbincang mengenai politik semasa di Negeri Perak. 

Kenapa Kerajaan Campuran Perak pada hari ini seolah-olah ‘risau’ akan keabsahan kerajaan yang ada, sehingga YB Hulu Kinta mencabar saya buktikan, bukankah kerajaan campuran yang dianggotai Umno, DAP pada hari ini mempunyai hubungan yang amat erat. 

Kestabilan politik ini perlu diperjelaskan oleh YAB Dato Seri Saarani Mohamad selaku Pengerusi BN Perak dan Umno Perak, apakah Umno akan meneruskan kerjasama dengan DAP buat selama-lamanya? Itukah yang dimaksudkan dengan kestabilan politik?

Pertukaran kerajaan bukan luar biasa, pernah satu penggal sehingga berlaku 3 kali perubahan pentadbiran, ingin saya jelaskan bahawa pihak kami tidak meminta untuk berlaku pertukaran kerajaan, tetapi apabila berlaku, kami bersedia dan kami sudah pasti akan mengikut lunas undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Sekian, terima kasih.

YB RAZMAN ZAKARIA
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak
Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan – Gunung Semanggol – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -