Presiden PAS, Ustaz Azhar kunjungi rumah terbuka PAS T’ganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Azhar Idrus serta pemimpin kerajaan negeri meraikan Sambutan Aidilfitri PAS Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

- Advertisement -

Antara pimpinan terawal hadir ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Husain Awang, timbalannya, Dato’ Satiful Bahri Mamat dan bendahari, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Turut hadir ialah Yang Dipetua Dewan Undangan negeri, Dato’ Yahaya Ali dan isteri.

Sementara itu 10,000 pengunjung daripada pelbagai bangsa dan agama turut hadir menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan oleh PAS kawasan di negeri ini.

Tidak kurang daripada 200 petugas parti yang hadir untuk mengendalikan majlis sambutan tersebut seawal 8.30 pagi.

Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang, namun orang ramai tiba lebih awal daripada itu.

Makanan tradisional termasuk nasi dagang, laksa dan laksam Terengganu disediakan oleh PAS Kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus manakala kambing bakar, pelbagai nasi dan kuih muih disediakan oleh PAS kawasan lain.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS negeri menyediakan pelbagai jenis minuman berais untuk para pengunjung di beberapa lokasi di majlis sambutan tersebut.

Tidak kurang daripada 20 booth dan masing-masing 1,000 kerusi dan meja disediakan bagi kelesaan para pengunjung mendapatkan juadah dan menikmatinya.

Satu pentas utama dibina untuk pemimpin berucap dan persembahan nasyid. – HARAKAHDAILY 18/5/2023

- Advertisement -