Sambutan Hari Guru SRIAT meriah

- Advertisement -

PADANG BESAR: Sekolah Rendah Islam At Taqwa (SRIAT), Beseri di sini, tidak ketinggalan meraikan Hari Guru yang disambut hari ini, setiap tahun.

Kemeriahan lebih terasa apabila setiap kelas mengadakan pelbagai persembahan dan ada juga pelajar yang memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka sebagai tanda terima kasih terhadap segala tunjuk ajar yang dicurahkan kepada mereka.

- Advertisement -

Mudir SRIAT, Ustaz Azamhari Mahamood berkata, hadiah sebenar kepada guru ialah apabila pelajar menjadi insan berguna di dunia mahu pun akhirat.

“Harapan yang sebenar ialah kejayaan kamu dari segi akhlak, kelakuan dan akademik.

“Jasa guru perlu dikenang bermula dari PASTI, sekolah rendah, menengah sehinggalah kamu melanjutkan pelajaran di universiti nanti,” katanya semasa ucapan perasmian majlis itu.

Mudir SRIAT, Ustaz Azamhari Mahamood.
Pelajar SRIAT yang memeriahkan sambutan Hari Guru.

Dua tahun sebelum ini, sambutan Hari Guru terbatas ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara. Namun pada tahun ini, sambutan dapat kembali diraikan di setiap sekolah.

Ustaz Azamhari berkata, sambutan bermula dengan acara sukaneka oleh guru, persembahan oleh pelajar dan guru serta ucapan wakil pelajar dan guru,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/5/2023

- Advertisement -