Lakukan tiga perkara untuk memenangi undi rakyat Selangor

- Advertisement -

RAKYAT dan pengundi Negeri Selangor masih belum dilihat untuk membuat dua keputusan besar dalam PRU Negeri Selangor yang bakal menyusul nanti. 

1. Tidak memberi undi kepada gabungan PH-BN.
2. Memberi undi kepada gabungan PERIKATAN NASIONAL. 

Walaupun begitu data pada PRU15 menunjukkan satu keputusan yang diluar jangka apabila penurunan undi kepada PH dan BN telah dibuktikan.

Manakala peningkatan jumlah undi kepada PERIKATAN NASIONAL boleh dijadikan unjuran yang bakal membantu PERIKATAN NASIONAL untuk mendapat mandat rakyat Selangor. 

Lakukan tiga perkara yang membolehkan peralihan undi rakyat Selangor yang mungkin selama ini undi mereka untuk PH dan BN. 

Pertama: Kepercayaan.
Usahakan untuk mendapat kepercayaan rakyat dan pengundi terhadap PERIKATAN NASIONAL.  

Kedua: Yakinkan.
Yakinkan para pengundi dan rakyat bahawa gabungan PERIKATAN NASIONAL adalah satu perjuangan yang dekat dengan hati mereka.

Ketiga: Buktikan.
‘Terbukti’ memperjuangkan hak dan suara rakyat. Membuktikan Manifesto PN bukan janji retorika politik atau cakap tidak serupa bikin.

Semua itu terbukti dengan rekod pentadbiran zaman Abah sebagai Perdana Menteri dan rekod pentadbiran di 3 buah negeri yang cukup cemerlang. Sehinggakan rakyat menghukum PH dan BN dengan majoriti yang cukup besar dalam PRU baru-baru ini. 

Gerakkan aktiviti dengan kata kuncinya: 

1. Kepercayaan.
2. Keyakinan.
3. Terbukti. 

Insya-Allah, mandat rakyat Selangor bakal diberikan kepada PERIKATAN NASIONAL untuk menerajui tapuk kepimpinan kerajaan Negeri Selangor.

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 16/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -