ECRL: PM ucap terima kasih kepada MB Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjadi pencetus dan perubahan kepada negeri-negeri yang dianggap terpisah daripada perkembangan di Lembah Klang.

- Advertisement -

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan negeri harus gerak bersama untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan, di samping mencari kaedah mencetuskan perubahan melalui pelaburan baharu.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Dato’ Ahmad Yakob yang mengikuti perkembangan kemajuan projek ECRL dan Kelantan mencatatkan rekod yang baik kerana memberi kerjasama dan proses pengambilan tanah.

“Beberapa pejabat kerajaan persekutuan juga akan dibangunkan di sini termasuk Ibu Pejabat Polis Kontijen,” katanya pada majlis pelancaran pembinaan stesen ECRL Kota Bharu hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pegawai Eksekutif MRL Dato’ Sri Darwis Abdul Razak dan Pengarah Eksekutif China Communications Construction Company Ltd (CCCC) Liu Hui.

Perdana Menteri juga berkata, sebelum siap pembinaan ECRL sepenuhnya perancangan perlu dibuat bagi memastikan ada perubahan lebih ketara di Pantai Timur.

“Kita perlu ada beberapa tindakan segera yang lebih agresif bagi menarik pelabur untuk menjamin beberapa insentif baharu dan proses pengurusan yang lebih cepat.

“Ini kerana antara hal yang sering dikeluhkan ialah lambat mendapat kelulusan dan ia menjadi masalah.

“Oleh itu, saya percaya kalau jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat lebih akrab ia memudahkan lagi projek yang memberi manfaat kepada negeri termasuk Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/5/2023

- Advertisement -