Sedikit teguran buat Exco muda Pahang

- Advertisement -

HARI ke-2 di Sidang Dewan Dewan Undangan Negeri Pahang di warnai isu peruntukan kepada YB PN.

Kecoh dewan persidangan sesi petang setelah  dakwaan seorang Ahli Dewan Negeri Pahang yang menyatakan pihak pembangkang di  Kelantan tidak menerima peruntukan sepanjang tahun 2023.

Realitinya setelah mendapat rujukan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, faktanya:

1. Keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Februari 2023 telah meluluskan peruntukan kepada semua wakil rakyat pembangkang.

2. Pembayaran kepada semua ADUN Pembangkang bertarikh 14 Mac 2023.

3.  Peruntukan Mac dan April telah di buat atas nama Bayaran Pengurusan Pusat Khidmat DUN pembangkang.

4. Kesemua ADUN pembangkang juga telah pun menerima peruntukan khusus daripada Kerajaan Negeri Kelantan melalui akaun Pusat Khidmat DUN masing-masing bagi program seperti: 

a. Keceriaan.
b. Sosial.
c. Kemasyarakatan.
d. Pembelaan rakyat miskin.

5. Berikut dinyatakan tarikh kemasukan peruntukan beserta jumlah peruntukan yang diterima oleh pihak pembangkang: 

a. 4 Januari 2023 ADUN Bukit Bunga RM100,000.
b. 4 Januari 2023 ADUN Nenggiri RM100,000.
c. 12 Januari 2023 ADUN Galas RM100,000.
d. 12 Januari 2023 ADUN Kuala Balah 50,000.

TUAN ZAMANI TUAN AHMAD
Pegawai Khas ADUN Cheka – HARAKAHDAILY 10/5/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02YGFfxMQY4RoBt4o3CexGLU4VFc6MTdQy7QKEb6RKkhsEW7kmpcWtgiMhceNKNXocl&id=100002089655733&mibextid=ZbWKwL 

- Advertisement -
- Advertisement -