Pemukiman Dewan Ulamak T’ganu semarak daya juang

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Dewan Ulamak PAS Terengganu selesai menganjurkan pemukiman di sini, semalam.

- Advertisement -

Program yang bermula Jumaat telah memurnikan kembali visi, misi dan objektif Dewan Ulamak PAS negeri.

Pemukiman disertai Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Ismail Osman dan sebahagian besar kepimpinan negeri dan kawasan.

Menurut AJK dewan itu, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek pelbagai program dirancang bagi mendepani pilihan raya negeri dalam masa terdekat dan memperkasakan perjuangan PAS di negeri ini.

“Semoga pemukiman ini diberkati Allah, dipermudahkan perancangannya dan sebagai salah satu saham ulama dalam mempertahankan Terengganu di bawah pemerintahan PAS.

“Pemukiman ini akan menyemarakkan lagi daya juang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/5/2023

- Advertisement -