Penduduk resah tanah bakal diambil untuk projek ECRL

- Advertisement -

SEKUMPULAN penduduk di Chendor terkejut apabila didatangi dua syarikat yang menawarkan khidmat sebagai perunding untuk mewakili mereka bagi urusan pengambilan tersebut.

Ini kerana mereka tidak mendapat sebarang makluman atau notis daripada mana-mana pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

Mereka juga tertanya-tanya bagaimana dua syarikat perunding tersebut boleh mendapat maklumat lebih awal termasuk senarai nama, warta pengambilan dan pelan tapak.
Lebih 20 keluarga dikenalpasti terlibat dalam urusan pengambilan tersebut.

Saya hadir ke sesi pertemuan yang diatur oleh penduduk terlibat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan meredakan keresahan mereka.

Turut hadir, Tok Empat Suhaimi, yang juga tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara yang dibangkitkan.

Insya-Allah saya akan buat susulan dengan pihak-pihak berkaitan bagi mendapatkan kesahihan serta penjelasan lanjut.

Saya juga beri jaminan untuk memastikan kepentingan kesemua mereka diberi perhatian sewajarnya sebelum pengambilan tanah tersebut diteruskan.

YB ANDANSURA RABU
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 3/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -