Hujan lebat melanda Kota Bharu, Kelantan utara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Selepas hampir dua bulan kemarau dan kering, beberapa kawasan di Kelantan termasuk Kota Bharu dilanda hujan lebat.

- Advertisement -

Malah malam tadi kedengaran guruh begitu kuat pada awal pagi kemudian disusuli hujan lebat. Hujan berterusan sehingga pagi tadi.

Manakala pada petang ini keadaan cuaca di Kota Bharu dilitupi awam hitam, seolah-olah memperlihatkan seperti musim tengkujuh.

Cuaca redup juga berlaku di hulu Kelantan biarpun hujan tidak lebat seperti di Kota Bharu dan kawasan sebelah utara.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Kelantan.

Beberapa daerah termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang diberi amaran waspada, ekoran hujan lebat pada sebelah pagi hingga petang ini berlaku di Pasir Puteh, Melor dan Kota Bharu.

Amaran cuaca buruk tersebut juga membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Terengganu.

Sehubungan itu MetMalaysia menasihatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. – HARAKAHDAILY 2/5/2023

- Advertisement -