Takziah pemergian bekas johan qari antarabangsa

- Advertisement -

ALOR SETAR: PAS Kedah mengucapkan takziah di atas pemergian Dato’ Abdul Hak @Abd Ghani Abdullah, 81, ke rahmatullah malam tadi.

- Advertisement -

Pesuruhjayanya, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, Allahyarham merupakan bekas johan qari peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan banyak menabur jasa terutama dalam bidang qiraat serta taranum al-Quran.

“Saya mewakili PAS Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga beliau atas kehilangan insan serta tokoh yang amat bermakna bagi kita.

“Mudah-mudah rohnya dicucuri rahmat dan bersama para solihin dan siddiqin,” kata beliau di sini.

Abd Ghani menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.45 malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu Hampar, Pendang, jam 11.00 pagi, hari ini.

Berita kematiannya turut dikongsi oleh anaknya Azraie di media sosialnya kira-kira 15 minit selepas Allahyarham menghadap Ilahi.

Abdul Hak muncul johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun 1972, 1977, 1978, 1980 dan 1982 manakala juara peringkat antarabangsa pada 1967, 1972, 1980 dan 1982. – HARAKAHDAILY 1/5/2023

- Advertisement -