Iktiraf sumbangan dan hak pekerja yang mencari rezeki halal

- Advertisement -

PAS Selangor mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada lebih 16 juta golongan pekerja sepenuh masa dan kontrak yang menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara secara langsung.  

Golongan pekerja wajar diberi penghormatan oleh pihak kerajaan dan majikan atas pengorbanan dan komitmen cemerlang mereka selama ini yang sanggup berjauhan dengan keluarga untuk berhijrah ke Lembah Klang semata-mata ingin mencari rezeki yang halal.  

Sayidatina Aisyah meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 

- Advertisement -

 َّنإ َّللّا َّزع َّلجو َّبحي اذإ َّلمع َّمكدحأ َّلمع َّنأ َّهنقتي 

“Sesungguhnya Allah S.W.T mengasihi apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan yang dilakukan secara tekun.”

(Riwayat at-Tabrani)  

Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bertujuan mengiktiraf sumbangan, keringat dan hak golongan pekerja. 

Kerajaan Pusat melalui Kementerian Sumber Manusia mestilah mengambil tindakan tegas terhadap pihak majikan yang memanipulasi pekerja terutamanya dalam sektor ‘gig economy’ seperti rider yang terpaksa bekerja dari 10 hingga 12 jam sehari bagi mendapat upah yang setimpal. 

Selain itu, sistem percukaian yang dilihat membebankan golongan pekerja perlu dikaji semula dan setimbang dengan keuntungan sektor swasta.  

PAS Selangor komited mewujudkan keadilan sosial, kesamarataan dan ‘work life balance’ yang lebih akomodatif dengan golongan pekerja terutamanya di negeri ini.  

DATO’ DR. AHMAD YUNUS HAIRI
Pesuruhjaya  
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 1/5/2023

- Advertisement -