Pelajar terkesan pergolakan Sudan dipelawa ke UniSHAMS

Tawaran menyambung pengajian

- Advertisement -

PIHAK UniSHAMS merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kejayaan pihak Kementerian Luar Negeri yang berjaya melaksanakan Pelan Evakuasi rakyat Malaysia di Sudan dalam misi membawa pulang 30 rakyat Malaysia dengan selamat ke tanah air pada 28 April 2023.

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) ingin menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang menyambung pengajian kepada 18 orang pelajar Malaysia yang terkesan dengan pergolakan yang berlaku di Khartoum, Sudan. 

UniSHAMS juga menyediakan pembelajaran dalam Bahasa Arab dan memiliki lebih 30 orang tenaga pengajar Antarabangsa dari negara-negara Arab.

Tawaran menyambung pengajian di UniSHAMS di dalam bidang dan peringkat pengajian yang berkaitan dan ianya adalah tertakluk kepada perbincangan lanjut dan kelulusan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 

UniSHAMS bersedia menawarkan pemindahan kredit maksimum dalam usaha untuk memastikan kesinambungan pengajian untuk kesemua 18 orang pelajar Malaysia yang terjejas, dapat ditangani dengan segera, tertakluk kepada Peraturan Akademik UniSHAMS dan kelulusan pihak KPT.

UniSHAMS menawarkan 42 program yang mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) di dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian, bermula dari peringkat pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pasca Siswazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) 
Tarikh: 29 April 2023M bersamaan 8 Syawal 1444H – HARAKAHDAILY 29/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -