Adun Limbongan anjur rumah terbuka dua hari

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Pusat Khidmat Dun Limbongan mengadakan Rumah Terbuka dan Jamuan Aidilfitri dua hari berturut-turut iaitu pada Hari Raya kedua dan ketiga semata-mata untuk memberi peluang anak perantau menghadiri program berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah berkata, program berkenaan bukan hanya rakyat tempatan sahaja hadir, sebaliknya anak perantau yang sedang bercuti turut datang.

- Advertisement -

“Alhamdulillah kita dapat mengadakan majlis ini dengan jayanya. Terima kasih para pimpinan yang hadir memeriahkan majlis ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Mesra Aidilfitri DUN Limbongan di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.

Hampir 2,000 orang hadir memeriahkan majlis berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh dan bekas Adun Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Pelbagai juadah disediakan antaranya, nasi dagang Terengganu, gulai kawah sebanyak tiga kawah, sate, mi goreng dan pelbagai lagi. – HARAKAHDAILY 24/4/2023

- Advertisement -