Takziah buat keluarga Tuan Guru Nik Razi

- Advertisement -

PAS Pusat mengucapkan takziah buat keluarga besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas kehilangan adinda bongsu Tuan Guru iaitu Almarhum Tuan Guru Nik Razi pagi ini.

- Advertisement -

Sesungguhnya kehilangan ini satu kehilangan besar buat ummah kerana sosok ini adalah seorang yang berjasa besar di medan dakwah.

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهَ

Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepada-Nya kita semua kembali. Semoga roh Almarhum Tuan Guru Nik Razi dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Aamiin.

PAS Pusat juga mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

YB HAJI IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
17 April 2023 / 26 Ramadan 1444 – HARAKAHDAILY 17/4/2023

- Advertisement -