Pemuda PAS Kedah berdiri teguh, pertahan MB

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah akan sentiasa berdiri teguh serta mempertahankan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada segala fitnah musuh politik yang cuba memburukkan namanya.

- Advertisement -

Ketuanya, Ustaz Nasrun Othman berkata, kejayaan yang telah dicapai selama tiga tahun Sanusi menerajui Kedah amat memberangsangkan malah jauh lebih baik berbanding kerajaan sebelumnya.

“Kita tahu Pakatan Harapan (PH) serta kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba melakukan pelbagai provokasi terhadapnya dengan tujuan memburukkan nama beliau.

“Namun sehingga kini, rakyat Kedah berpuas hati dengan kepimpinannya termasuk usaha-usaha membangunkan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, kata Nasrun, Dewan Pemuda PAS seluruh negeri berazam akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang agar ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ dapat diteruskan.

Dalam pada itu tegas beliau, gabungan dua pemimpin hebat iaitu MB dan Pesuruhjaya PAS, Dato’ Ahmad Yahaya akan memberi impak terbaik kepada negeri.

“Senergi dua pemimpin ini bukan sahaja menguatkan PAS Kedah sebaliknya memberi impak hebat ke arah kemenangan PN di negeri ini,” kata beliau lagi.

Sementara Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mohamad Rodhi Abdul Rahman juga menzahirkan sokongan terhadap dua pemimpin berkenaan terutama Menteri Besar yang kini menerima tekanan politik daripada kerajaan persekutuan.

“Dewan Ulamak PAS Kedah akan berusaha bersungguh-sungguh mempastikan PN menang pada PRN akan datang dan Sanusi sekali lagi dinobatkan sebagai Menteri Besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/4/2023

- Advertisement -