NGO Malaysia agih makanan kepada 1,000 penduduk Gaza

- Advertisement -

KOTA BHARU: NGO i-Relief and Humanitarian Outreach akan mengagihkan makanan kepada kira-kira 1,000 umat Islam di Gaza yang bermula hari ini hingga 29 April ini.

- Advertisement -

Pengarah NGO terbabit Johan Ariff Ismail berkata, makanan tersebut diagih kepada anak-anak yatim Gaza yang terpilih di Gaza.

Katanya, sumbangan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM200 bagi setiap keluarga untuk edaran selama dua hari.

“Sasaran kita seramai 1000 individu mendapat bantuan makanan tersebut. Penduduk di Gaza mengharap bantuan umat Islam di seluruh dunia,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau bagi menjayakan program tersebut NGO terbabit memerlukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan bantuan ke negara-negara bergolak dapat disalurkan.

Menurutnya juga selain Gaza, i-Relief and Humanitarian Outreach turut aktif menghantar bantuan ke pelbagai negara yang dilanda perang.

“Harapan mereka untuk terus hidup masih tidak menentu dan namun mereka tetap berusaha bagi membina kehidupan,” ujarnya.

Sumbangan boleh disalur melalui akaun Maybank 553038585368 atas nama I Relief and Humanitarian Outreach. – HARAKAHDAILY 17/4/2023

- Advertisement -