HIKMAH 21:
مَنْ لَمْ يُقْبِلْ عَلى اللهِ بِمُلاطَفاتِ الإحْسانِ قِيْدَ إلَيْهِ بِسَلاسِلِ الامْتِحانِ
“Barangsiapa yang tidak kembali kepada Allah dengan sentuhan kebaikanNya, akan diheret dengan rantaian ujianNya.”
1. Tuhan berikan kepada kita pelbagai nikmat, bertujuan untuk kita bersyukur dan mengingatiNya.
2. Andai kita lupa kepada tuhan dalam nikmat yang diterima, tuhan akan turunkan bala bencana. Tujuannya sama, untuk kita ingat padaNya.
3. Jangan merasa sedih atau putus asa jika menerima musibah. Itu tanda tuhan masih sayangkan kita dan mahu kita kembali padaNya. Ianya cuma teguran pada kita.
Ibrah Ramadan:
Ramadan adalah bulan ujian. Ramai di bulan ini menerima pelbagai ujian kesihatan, kewangan, keluarga, emosi dan seumpamanya. Masuk hujung Ramadan, makin dahsyat ujianNya.
Semua itu tanda kasih tuhan. Nak ajak kita kembali padaNya. Syukurlah kita diperingatkan di bulan mulia ini.
ALANG IBN SHUKRIMUN
21 Ramadan 1444
12 April 2023 – HARAKAHDAILY 12/4/2023