SRITI ‘mencetak’ anak-anak ikut acuan Islam

Ustaz Zubir Shah Omar
- Advertisement -

PENGERUSI SRITI Negeri Selangor, Ustaz Zubir Shah Omar melahirkan rasa terkejut apabila dilantik sebagai Pengarah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) negeri Selangor bagi 2023-2025. Katanya, mungkin pelantikan itu dilihat dari sudut pencapaian SRITI di Kota Raja kerana hasrat kepimpinan tertinggi PAS Selangor terutama Ketua Pemuda PAS, Ustaz Mohamad Sukri Omar mahu melihat pencapaian SRITI Kota Raja boleh dilaksanakan ke peringkat yang lebih tinggi. Pengarang Harakah, SAIDAH HAIRAN sempat mewawancara beliau di pejabat SRITI Kota Raja, baru-baru ini.

- Advertisement -

Harakah: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan pendidikan asas yang berada di bawah PAS khususnya Dewan Pemuda PAS Pusat. Satu lagi kejayaan PAS dalam pendidikan apabila Dewan Pemuda berjaya menubuhkan SRITI. Ustaz, apa keperluan menubuhkan SRITI?

Ustaz Zubir Shah: Penubuhan SRITI menjadi satu keperluan yang sangat mendesak sebab kita terlalu lama bertapak di dalam bidang pendidikan bermula daripada PASTI. Selepas itu PASTI tidak ada kesinambungannya. Maka bertebarlah anak-anak yang sudah mendapat pendidikan awal di PASTI. Mereka sambung belajar di sekolah-sekolah biasa. Jadi dengan inisiatif Pemuda PAS menubuhkan SRITI, kita dapat membentuk pelajar-pelajar hasil daripada kesinambungan anak-anak yang mendapat pendidikan awal di PASTI selama 3 tahun.

Insya-Allah, SRITI adalah medan yang kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan insititusi-institusi pendidikan yang ada dalam arus perdana lain. Kita cuba yang terbaik untuk mendidik anak-anak SRITI dari tahun 1 hingga tahun 6. Kita ‘mencetak’ anak-anak ini supaya mengikut acuan yang dikehendaki Islam. – HARAKAHDAILY 9/4/2023

Wawancara penuh dalam akhbar Harakah edisi 2841.

- Advertisement -