HIKMAH 18:
لا تُفْرِحْكَ الطَّاعَةُ؛ لأنَّها بَرَزَتْ مِنْكَ، وَافْرَحْ بِهَا لأنَّها بَرَزَتْ مِنَ الله إليكَ
“Jangan bergembira dengan ketaatan atas sebab usahamu. Tapi bergembiralah atas sebab kehendak dari Allah.”
1. Bergembira dengan ketaatan yang berjaya dilakukan atas sebab usaha kita bakal melahirkan perasaan ujub, kerana kamu merasakan ia berlaku dengan kemampuan dan kehendakmu.
2. Bergembiralah dengan ketaatan atas sebab perkenan tuhan. Kerana Dialah yang sebenarNya memberikan kamu upaya melakukanNya.
3. Firman Allah S.W.T:
{ قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلۡيَفۡرَحُواْ هُوَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ }
“Katakanlah (wahai Muhammad) “Kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.”
[Yūnus: 58]
Ibrah Ramadan:
Boleh katakan ramai bergembira bila tiba Ramadan. Makin ramai bergembira bila waktu berbuka, setelah berjaya puasa seharian. Kemuncak gembira dimanifestasi melalui hari raya.
Muhasabah balik nilai kegembiraan itu. Adakah gembira atas rahmat yang Allah kurniakan, atau gembira kerana kemampuan diri, habuan dunia itu atau ini.
ALANG IBN SHUKRIMUN
18 Ramadhan 1444
9 April 2023 – HARAKAHDAILY 9/4/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!