Ramadan: Dr Aliakbar agih 500 bakul makanan

- Advertisement -

PUTATAN: Menyantuni anak yatim dan ibu tunggal merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama oleh semua lapisan masyarakat, kata Adun Dilantik Sabah Dr Aliakbar Gulasan.

- Advertisement -

Beliau berkata, pejabat Adun Dilantik menyalurkan sumbangan lebih 500 bakul makanan sepanjang bulan Ramadan tahun ini di sekitar zon pantai barat.

“Menjadi tugas dan tanggungjawab kita turun ke lapangan mencari rakyat yang susah kehidupannya untuk kita bantu,” ujarnya pada program Sungkai bersama Anak Yatim yang berlangsung di Dewan Restoran Sinar Mustika anjuran PAS Putatan semalam.

Program tersebut dihadiri seramai 30 anak yatim beserta ibu serta waris dalam kalangan pelajar sekolah sekitar daerah Putatan. Pelajar tersebut turut menerima sumbangan duit raya sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Putatan Muhammad Akmal Othman serta ahli jawatankuasa PAS kawasan.

Dr Aliakhbar yang juga Setiausaha PAS Sabah berkata, PAS akan terus bergerak menyantuni golongan kurang berkemampuan di beberapa daerah lagi di seluruh negeri itu.

Manakala pada program lain Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Putatan menganjurkan Ihya’ Ramadan dengan menyantuni asnaf di Surau Nurul Huda dan Masjid Al-Firdaus, Kampung Sri Pandan, Putatan.

Sumbangan bakul makanan disampaikan Dr Aliakbar bagi meringankan beban penduduk terbabit.

Muhammad Akmal pula berkata, pemberian sumbangan yang dilaksana PAS berlangsung sepanjang tahun dan tidak fokus pada musim pilihan raya sahaja. – HARAKAHDAILY 8/4/2023

- Advertisement -