Tunggang motosikal 6 jam gerak misi dakwah di Sulawesi

- Advertisement -

KOTA BHARU: NGO i-Reach dengan kerjasama pendakwah Indonesia melebarkan misi dakwah kepada suku kaum Taawana di Bandar Luwuk, Sulawesi Tengah, Indonesia.

- Advertisement -

Pengarah i-Relief and Humanitarian Outreach, Johan Ariff Ismail berkata, sempena Ramadan tahun ini NGO itu bersama pendakwah mengajak suku kaum Taawana melafaz kalimah syahadah.

Katanya, untuk sampai ke Dusun Watumarando dari bandar Luwuk mengambil masa lebih kurang 6 jam dalam keadaan hujan lebat, jalan berbatu, curam dan berlubang.

“Banyak halangan yang terpaksa dilalui oleh team kami seperti terpaksa membawa barangan sumbangan menaiki motosikal bagi meneruskan misi dakwah.

“Kami juga menghulurkan sumbangan zakat, keperluan dapur serta kelengkapan ibadat bagi suku kaum Taawana yang baharu memeluk agama Islam.

“Suku Taawana merupakan suku terpencil di Indonesia yang mendiami pulau Sulawesi di bahagian tengah,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, kepercayaan sukuk aum terbabit sebelum ini animisme yang dipanggil ‘khalaiq’.

Menurutnya juga sukarelawan I-REACH Malaysia dan pendakwah Indonesia menggerakkan misi di kawasan pedalaman tersebut sejak tahun 2016.

Kata beliau sehingga sekarang ribuan suku kaum Taawana sudah menganut Islam termasuk mereka yang tinggal di Dusun Vatumarando.

Bagaimanapun katanya, usaha itu memberi dana yang agak besar bagi menyebar Islam lebih meluas di kawasan pedalaman Sulawesi.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 553038585368 atas nama i Relief and Humanitarian Outreach. – HARAKAHDAILY 7/4/2023

- Advertisement -