30 Hikam Ibn Ataillah Assakandari (13)

- Advertisement -

HIKMAH 13:

- Advertisement -

ما قلّ عملٌ برز من قلب زاهد، ولا كثر عملٌ برز من قلب راغب

“Sedikit amal akan terserlah dari hati yang zuhud. Banyak amal tidak akan terserlah pada hati yang berkehendak.”

Maksud:

1.  Amalan seorang yang bersih hatinya membawa berlipat ganda pahala walaupun sedikit. Ini kerana hatinya bersih dari sebarang penyakit untuk menunjuk kepada makhluk.

2. Amalan orang berkehendak kepada makhluk dan dunia walau banyak mana sekalipun tetap tidak diterima. Ia bukan kerana Allah.

3. Sabda Rasulullah S.A.W:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِل

“Sesungguhnya setiap amalan dikira mengikut niat. Setiap orang adalah mengikut niat. Siapa yang berhijrah demi dunia atau wanita, maka hijrahnya hanya mendapat apa yang diniatinya.”

Ibrah Ramadan:

Puasa adalah amalan paling baik untuk melatih niat. Kita tak mampu nak menunjuk puasa seperti amalan lain. Kalau kita tak bagi tahu kita sedang puasa, orang tak akan tahu. Beza amalan lain, kalau kita sedang solat, orang nampak perbuatan solat tu. Kalau sedang baca al-Quran, orang boleh nampak tanpa beritahu.

Sebab itulah Allah sebut puasa itu ibadat eksklusif untukNya. Firman Allah dalam Hadis Qudsi:

فإنه لي وانا أجزي به

“(Puasa) untukKu. Akulah yang lebih layak memberi pahala untuknya.”

ALANG IBN SHUKRIMUN
13 Ramadan 1444
4 April 2023 – HARAKAHDAILY 4/4/2023

- Advertisement -