Ekonomi: Anak muda kampung berhijrah ke bandar

Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff ingin tahu apakah tindakan kerajaan terhadap fenomena penghijrahan anak muda dari kampung ke bandar mutakhir ini.

- Advertisement -

Ini, ujarnya ekoran daripada tekanan aktiviti ekonomi luar bandar yang tidak mendapat tempat sewajarnya berbanding industri di bandar-bandar dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Beliau mengemukakan soalan itu kepada Menteri Belia dan Sukan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Berikut ialah soalan-soalan daripada wakil PAS, Bersatu dan Gerakan yang disenaraikan pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Datuk John Ambrose minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah jumlah pengangguran terkini dan apakah rancangan Kementerian dalam menangani masalah pengangguran rakyat Malaysia khususnya daripada golongan muda yang semakin meningkat akibat pandemik COVID-19.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi menghadapi penurunan kadar kelahiran yang kurang memuaskan kebelakangan ini.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kemajuan terkini ‘Multi Lane Free Flow’ (MLFF) yang dikatakan bakal menyelesaikan semua masalah di plaza tol. Apakah faedah lain MLFF dan adakah MLFF ini akan membolehkan pengguna lebuh raya menggunakan platform bayaran yang lain selain Touch ‘n Go.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah perincian mengenai jalur lebar, kapasiti, redundansi dan titik terminasi atau ‘termination point’ bagi pautan rangkaian internet di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah perkembangan terbaru bagi projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) dan apakah tindakan mahkamah yang telah atau akan diambil dalam projek LCS ini di mana projek belum siap sepenuhnya tetapi bayaran dibuat tanpa pengetahuan pihak Kementerian.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menggalakkan perdagangan sempadan atau ‘border trade’ khususnya antara Sarawak dan Kalimantan yang boleh merancakkan ekonomi tempatan berikutan pemindahan ibu negara baharu Indonesia Nusantara dan limpahan daripada pemindahan ini dapat memakmurkan dan memajukan Sarawak sekali gus menyumbang pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian dalam merancakkan semula industri pembinaan negara berikutan kos bahan binaan semakin tinggi.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapakah jumlah serta senaraikan pelabur asing mengikut kategori bidang pelaburan yang masuk ke Malaysia pasca COVID-19.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan drastik yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memantau 92 projek sakit di seluruh negara dan kesan projek sakit ini terhadap pembangunan negara.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perkembangan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan kesihatan mental di Malaysia.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sejauh manakah usaha bagi memupuk perpaduan pelbagai kaum dalam bentuk program atau aktiviti telah berjaya mencapai objektifnya pada setakat ini.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menstabilkan mata wang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan adakah pihak Kementerian berhasrat menyelaraskan harga tiket di zoo terutama Zoo Negara yang mana harga tiketnya terlampau tinggi kepada orang awam khususnya golongan berpendapatan rendah.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa jumlah klinik swasta yang telah dilantik untuk pelaksanaan Program PEKA B40 di Kelantan dan adakah jumlah itu mencukupi untuk memastikan semua rakyat Kelantan yang layak mendapat akses kepada perkhidmatan tersebut.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi menarik pelaburan FDI ke Malaysia yang lebih agresif memandangkan pertumbuhan GDP ASEAN dijangka akan mencecah USD5 bilion supaya Malaysia dilihat sebagai destinasi utama pelaburan di rantau ini.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap fenomena penghijrahan anak muda dari kampung ke bandar mutakhir ini ekoran daripada tekanan aktiviti ekonomi luar bandar yang tidak mendapat tempat sewajarnya berbanding industri di bandar- bandar dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan apakah pelan tindakan kesungguhan Kementerian menyeru rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama supaya bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan berapakah statistik pengguna terkini Tik Tok, Facebook dan Twitter yang disekat akaunnya dan apakah pendirian Kerajaan berkenaan hak bersuara demokrasi rakyat khususnya penyokong Perikatan Nasional semakin disekat kini.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan untuk pertukaran nama KLIA dan KLIA 2 kepada KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Datuk John Ambrose minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan pembantu rumah memandangkan kos yang semakin meningkat dan sejauh manakah sekatan terhadap pembantu rumah warga asing masih diteruskan.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah rancangan yang diambil oleh Kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong melawat ke Malaysia. – HARAKAHDAILY 5/4/2023

- Advertisement -