KOMPAS Tambun mahu realisasi lahir generasi berilmu

- Advertisement -

TAMBUN: Asatizah Tambun Resources membuka peluang kepada penduduk Tambun serta orang ramai berinfaq bagi dana pembangunan Kompleks Pendidikan Asatizah Tambun (KOMPAS).

- Advertisement -

Penaungnya Salleh Said berkata, pembangunan KOMPAS bertujuan merealisasikan hasrat Asatizah Tambun untuk melahirkan generasi berilmu, beriman dan bertaqwa menerusi pelbagai aktiviti dan program pendidikan.

“Insya-Allah di KOMPAS kita mahu wujudkan pusat pendidikan TASTI, PASTI, SRITI, SMITI, pondok moden, masjid, dewan makan, kompleks sukan, padang bola dan dewan serbaguna.

“Ini merupakan berita baik khususnya penduduk Tambun. Melalui pembangunan KOMPAS yang akan didirikan di Tambun, Insya-Allah kita akan meriahkan dengan pelbagai program, bual bicara ilmu dan aktiviti yang bermanfaat,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, malah sebagai tanda jihad seorang hamba bagi mendapat pahala daripada Allah SWT.

Oleh itu beliau berharap orang ramai menyokong usaha murni tersebut dengan sama-sama berinfaq dan berwaqaf bagi menampung kos pembinaan kompleks pendidikan terbabit.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan dan menginfakkan harta bagi pembinaan KOMPAS boleh disalur melalui akaun Affin Bank atas nama Asatizah Tambun Resources 1068 2000 5367 atau hubungi Azrul (019-5763526), Ustaz Rosli (010-8449343) atau Cikgu Kahar (011-11191871) untuk sebarang pertanyaan lanjut. – HARAKAHDAILY 1/4/2023

- Advertisement -