PAS Kedah tawar pakej berbuka puasa

- Advertisement -

ALOR SETAR: PAS Kedah menawarkan pakej berbuka puasa bermula 5 hingga 17 April kepada mana-mana individu yang berminat.

- Advertisement -

Menurut Setiausaha PAS negeri, Senator Ustaz Musoddak Ahmad, pakej itu bukan sahaja menawarkan harga berpatutan tetapi juga dengan juadah yang istimewa.

 “Kita tawarkan RM48 untuk setiap pek dan majlis iftar itu diadakan di Kompleks PAS Kedah,” jelas beliau.

Justeru, ujarnya, antara juadah yang ditawarkan antaranya makanan utama sama ada nasi putih, nasi arab, beriani dan nasi ayam berlauk.

Selain itu ia termasuk juga, mi, bihun dan kuetiau sama ada sup atau tomyam.

“Pencuci mulut juga disediakan seperti buah-buahan, rojak, kuih muih dan aiskrim di samping minuman sejuk dan panas.

“Menu wajib pun ada iaitu bubur lambuk dan kurma,” tambahnya lagi.

Kata Musoddak lagi, PAS Kedah juga menawarkan pasarana yang baik dan selesa seperti dewan makan yang cantik, surau berhawa dingin, kawasan parkir yang luas termasuk VIP lounge yang kondusif.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan bolehlah menghubungi Ustaz Ismail Hashim di talian 019-5515985 atau Nurul Huda, 013-4378647. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -