Pemuda PAS Selangor terima kunjungan pegawai Kedutaan Jepun

- Advertisement -

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor menerima kunjungan hormat daripada pegawai diplomatik Kedutaan Jepun, Masubuchi Kana di Pejabat An-Munir Centre, Bandar Rimbayu pagi ini.

- Advertisement -

Dalam pertemuan itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sukri Omar bertukar pandangan tentang beberapa isu dengan Masubuchi.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu menyaksikan tsunami luar biasa apabila PAS bersama gabungan PERIKATAN NASIONAL (PN) menjadi parti yang paling banyak memenangi kerusi parlimen iaitu 49 kerusi telah menarik minat Masubuchi untuk melontarkan soalan pada pertemuan itu.

Ustaz Sukri menjelaskan bahawa keputusan yang diperoleh PAS pada PRU15 adalah kehendak anak muda yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil seperti yang dilaungkan PN Best bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’.

“Keputusan ini adalah tsunami orang muda yang terkesan dengan salah guna kuasa yang diamalkan kepimpinan oleh Umno dan BN di samping beberapa perubahan yang perlu diambil atau dibuat tindakan parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya,.” ujarnya merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam.

Katanya, antara faktor kemenangan yang dikongsikan adalah pendekatan secara lebih santai melalui media sosial yang dibawakan PAS terhadap golongan muda membolehkan parti itu lebih popular dan sinonim dalam kalangan pengundi baharu pada PRU15.

Menurutnya lagi, agenda besar yang dibawakan PAS adalah kefahaman terhadap perpaduan ummah di mana PAS berusaha untuk menyatukan orang Melayu-Islam sama ada PN, BN dan penyertaan beberapa pihak lain yang tidak ekstrem.

Beliau berkata, kemenangan PAS di kawasan Parlimen juga akan memberikan motivasi kepada PAS dan parti yang berada di dalam PN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Aubidullah Fahim dan setiausaha kerja, Ansarullah Zulkifli.

Pada akhir pertemuan Ustaz Sukri menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada pegawai diplomatik Kedutaan Jepun itu.

Mashubuchi turut mengucapkan selamat maju jaya dan berharap nama PAS dapat dibawa ke tahap lebih baik. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -