Ramadan: Nasihat menasihati untuk jadi insan terbaik

- Advertisement -

PARIT: Ahli Parlimen Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, di dalam Al-Quran Allah SWT ada menyebutkan berkaitan kepentingan memberi peringatan atau nasihat kepada orang lain kerana ia memberikan manfaat.

- Advertisement -

“Sempena bulan Ramadan ini, boleh bersama-sama kita nasihat menasihati untuk menjadi insan yang terbaik,” ujarnya ketika merasmikan program Ihya’ Ramadan Dun Bota di Dewan Dato Ahmad Hambal, Bota Kanan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut mengajak semua yang hadir untuk menghidupkan Al-Quran dalam bulan Ramadan.

Jelasnya, Ramadan adalah bulan Al-Quran, maka amat rugi jika tidak diisi dengan amalan tadarus kitab suci itu.

Dalam program tersebut, seramai 300 orang asnaf Dun Bota menerima bantuan keperluan harian dan kewangan sempena Ramadan.

Program di bawah seliaan Adun Bota, Dr Najihatussalehah Ahmad serta Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota dengan kerjasama Pejabat Daerah Perak Tengah itu dilaksanakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. – HARAKAHDAILY 24/3/2023

- Advertisement -