KBS tiada perancangan bina stadium mini di Dungun

Wan Hassan Mohd Ramli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina stadium mini di Dungun, Terengganu.

- Advertisement -

“Keutamaan kementerian pada masa ini adalah untuk menaik taraf kemudahan KBS sedia ada,” ujar KBS dalam jawapan kepada pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli [PN-Dungun] di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Hassan meminta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan apakah ada perancangan pembinaan sebuah stadium mini berkapasiti 20,000 orang untuk rakyat Dungun kerana Dungun merupakan satu-satunya daerah yang masih belum mempunyai stadium mini walaupun Dungun telah melahirkan atlet bola sepak negeri dan negara seperti arwah Ariffin Osman (Terengganu), Muhammad Safawi Rasid (Malaysia), Alif Mat Amin (Pahang Rangers) dan Amar Makruf Sharuddin (AD Alcorcon Sepanyol). – HARAKAHDAILY 23/3/2023

- Advertisement -