Makin ramai lulusan agama muncul usahawan berjaya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Anak muda Kelantan membuktikan golongan agamawan juga mampu muncul sebagai usahawan berjaya dalam bidang perniagaan.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, semakin ramai anak muda yang berjaya mencipta nama dalam perniagaan termasuk lulusan bidang agama.

Katanya, situasi yang berlaku itu membuktikan individu berpendidikan agama juga ada kemampuan bergelar usahawan.

“Anak muda yang belum menceburkan diri dalam bidang perniagaan boleh menjadikan contoh anak muda terbabit yang berjaya dalam bidang perniagaan.

“Bidang perniagaan adalah salah satu cabang dan ruang untuk mencari rezeki halal dan mendapat pulangan cukup tinggi, bagaimanapun perlu ilmu dan pengalaman,” katanya selepas melancarkan Kedai Azkia Sports dan Baju Melayu Azkia di Lembah Sireh petang semalam. (Foto atas)

Menurutnya juga Mohd Zaki Zakaria yang merupakan pengasas jenama perniagaan Azkia kini dijenamakan sebagai Azkia Group Sdn Bhd.

Menteri Besar turut berharap ibu bapa supaya bersederhana ketika berbelanja sepanjang Ramadan dan menyediakan kelengkapan Aidilfitri keluarga.

Katanya, agama Islam itu mahu penganutnya bersikap sederhana dalam pelbagai kehidupan seharian. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -