Gempa bumi kuat gegar Afghanistan, Pakistan, India

Orang ramai berkumpul di luar sebuah restoran selepas gegaran gempa bumi yang berpusat di Afghanistan turut dirasai di Lahore, Pakistan pada lewat malam Selasa 22 Mac 2023. (FOTO: REUTERS/Akhtar Soomro)
- Advertisement -

JURM, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 90 yang lain cedera di Afghanistan dan Pakistan selepas gempa bumi kuat melanda timur laut Afghanistan pada lewat malam Selasa, waktu tempatan, dengan gegaran dirasai di bandar-bandar di Pakistan dan India.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USSG), gempa bumi berukuran 6.5 magnitud pada skala Ritcher berpusat  40 kilometer di tenggara bandar Jurm dengan kedalaman mencecah 187.6 kilometer, lapor CNN.

- Advertisement -

Menurut laporan Hindustan Times pula, gempa bumi itu turut dirasai di Turkmenistan, Kazakhstan, Tajikistan, Uzbekistan dan China, yang mana Pusat gempa dipercayai 90km dari Kalafgan di Afghanistan.

“Bencana alam terbaharu itu mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang di wilayah Laghman di timur laut Afghanistan, di mana sekurang-kurangnya lapan orang lagi cedera,” kata jurucakap Kementerian Pengurusan Bencana Afghanistan, Shafiullah Rahimi kepada CNN.

Sementara, sekurang-kurangnya tiga orang telah meninggal dunia di utara Pakistan, termasuk dua kanak-kanak, menurut Bilal Faizi, jurucakap perkhidmatan menyelamat wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

“Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 41 orang lagi cedera di wilayah Kyber Pakhtunkhwa telah cedera,” kata Faizi yang menambah bahawa tanah runtuh akibat gempa itu juga telah menyekat laluan trafik jalan-jalan raya di sekitar bandar Abbotabad di utara Pakistan.

Pusat gempa bumi terbaharu melanda Afghanistan yang berpusat  40 kilometer di tenggara bandar Jurm. (FOTO: The Independent)

Dalam pada menurut laporan Associated Press memetik kenyataan Faizi, lebih 100 orang telah dibawa ke hospital di wilayah lembah Swat di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa Pakistan dalam keadaan terkejut.

“Orang ramai yang ketakutan rebah sebahagiannya disebabkan kejutan akibat gempa bumi kuat yang menggegar kediaman mereka,” ujarnya.

Gegaran kuat dirasai di ibu kota Pakistan, Islamabad, menurut wartawan CNN di lokasi kejadian dan gegaran berterusan dapat dirasai menyebabkan orang ramai dilihat telah mengosongkan kediaman masing-masing.

Sementara Reuters melaporkan, di Muzaffarabad, ibu kota Kashmir yang dikuasai Pakistan – tapak gempa bumi yang mengorbankan 80,000 nyawa akibat gempa pada 2005 – orang ramai berlari keluar dari rumah mereka sambil menangis dan membaca ayat suci al-Quran.

Gegaran turut dirasai di Lahore, New Delhi dan Srinagar yang menyaksikan kediaman penduduk bergegar dan mengalami keretakan.HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -