MOF komited tidak keluarkan lesen judi baharu

Dato' Ahmad Yahaya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejak tahun 1990, Kementerian Kewangan (MOF) komited untuk tidak mengeluarkan lesen baharu bagi sebarang operasi perjudian.

- Advertisement -

“MOF hanya memperbaharui dan mengawal selia lesen dan permit sedia ada sahaja,” ujar MOF dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Dato’ Ahmad Saad @ Yahaya [PN-Pokok Sena] di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan pendirian Kementerian untuk menyemak semula peruntukan dalam akta-akta berkaitan industri perjudian bagi mengurangkan ketagihan berjudi dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Sebagai bentuk kawalan, MOF telah menetapkan syarat lesen dan penguatkuasaan yang ketat kepada pemegang lesen bagi memastikan industri perjudian dapat dikawal dengan berkesan dan memastikan perjudian tidak mendatangkan masalah sosial seperti ketagihan judi melampau,” kata MOF. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -