Kurang pekerja mahir punca projek ‘airport’ lewat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelewatan projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra berpunca penularan wabak Covid-19 dan kekurangan tenaga kerja mahir.

- Advertisement -

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata berkata, dua masalah dihadapi kontraktor sehingga menyebabkan projek lewat disiapkan.

Oleh itu katanya penduduk tempatan yang mempunyai kemahiran disaran merebut peluang terlibat dengan projek pembesaran dan menaik taraf lapangan terbang tersebut.

“Masalah terbabit dihadapi kontraktor dan bukan masalah kewangan,” katanya menjawab soalan tambahan Dato’ Seri Mustapha Mohamad (Bersatu-Air Lanas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Projek menaik taraf lapangan Pengkalan Chepa melibatkan kos lebih RM440 juta meliputi pembesaran terminal bagi menampung sehingga empat juta penumpang setahun berbanding 1.5 juta sekarang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke baru-baru ini mengakui projek itu mengalami kelewatan, namun kontraktor memberi jaminan untuk menyiapkan pembinaan mengikut jadual asal.

Sehingga 25 Februari lalu kemajuan sebenar projek ialah 18 peratus berbanding perancangan asal iaitu 43 peratus. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -