Malaysia kurang pakar geriatrik

Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Negara kini berdepan kekurangan pakar yang kritikal dalam bidang geriatrik iaitu rawatan dan perubatan kesihatan berkaitan golongan warga emas.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Kesihatan Senator Lukanisman Awang Sauni berkata, antara penyebab kekurangan itu kerana terdapat kekurangan pakar dalam bidang berkenaan berkait dengan kebolehpasaran pakar geriatrik serta kekurangan kesedaran terhadap kepentingan rawatan kepada golongan terlibat di negara ini.

Menurut beliau, setakat ini Malaysia hanya mempunyai seramai 33 orang pakar dalam bidang geriatrik di hospital kementerian manakala seramai 13 di hospital universiti dan 14 orang di hospital swasta.

“Keadaan ini agak kritikal kerana seharusnya setiap satu pakar bagi 10,000 populasi namun kita hanya ada 0.18 pakar bagi 10,000 populasi. Perkara ini agak kritikal ketika ini.

“Justeru bagi menarik minat lebih ramai pakar bidang geriatric di dalam pelan keishatan warga emas turut digariskan antaranya menambah usaha promosi bagi pengajian sub kepakaran geriatric, menambah biasiswa yang ditawarkan untuk latihan sub geriatric serta beberapa yang lain lagi,” katanya semasa menjawab soalan Senator Dato’ Dr Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Negara, hari ini.

Dr Dominic Lau dalam soalan asal meminta Menteri Kesihatan menyatakan dengan keadaan semasa di mana negara menuju ke arah peratusan warga tua yang lebih tinggi menjelang 2030, bagaimanakah kementerian memastikan penawaran perubatan geriatrik yang memuaskan dan akan seiring dengan permintaannya; dan juga nyatakan jumlah terkini Pakar Perunding Geriatrik yang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta serta bagaimanakah kementerian akan memastikan penawaran kepakaran dalam bidang ini mencukupi pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -