Dera: 154 kes kematian kanak-kanak selesai

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyiasatan kes penderaan kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian dijalankan berlandaskan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Kanun Keseksaan.

- Advertisement -

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), statistik kematian kanak-kanak kerana kes penderaan mengikut negeri bagi tempoh 2018 hingga 2022 adalah sebanyak 220 kes.

“Pecahan mengikut jantina mangsa penderaan bagi jantina lelaki dalam tempoh 2018 hingga 2022 adalah sebanyak 133 kes manakala bagi jantina perempuan adalah sebanyak 89 kes,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Salamiah Mohd Nor [PN-Temerloh] di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, KDN tidak menyatakan mengikut pecahan negeri dan tahun.

Salamiah dalam soalannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik data kematian kanak-kanak kerana kes penderaan daripada tahun 2018-2023 mengikut pecahan negeri, tahun dan jantina dan berapa jumlah kes yang telah dibawa ke mahkamah dan diselesaikan.

Menurut KDN lagi, statistik penyelesaian kes kematian penderaan kanak-kanak mengikut negeri pula adalah sebanyak 154 kes. – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -