Sultan Kedah harap rancangan tebatan banjir dapat disegera

Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
- Advertisement -

ALOR SETAR: Projek pembangunan rancangan tebatan banjir (RTB) di Baling, Pendang dan Kota Setar diharap disegera bagi memastikan risiko kejadian bencana banjir dapat dielakkan.

- Advertisement -

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah walaupun pengurusan bencana di Kedah didapati amat cekap dan teratur, namun usaha jangka panjang perlu dilakukan bagi mengurangkan kekerapan bencana.

“Beta amat tertarik dengan konsep ‘Room for the River’ yang diperkenalkan Kerajaan Belanda dalam merancang langkah penyelesaian jangka panjang pengurusan bencana banjir dan lembangan sungai utama di negara itu.

“Oleh itu beta berpendapat tidak salah sekiranya konsep yang serupa dilaksanakan bagi menangani risiko banjir berulang,” titah baginda sempena Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke enam, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di Wisma Darul Aman, semalam.

Hal itu titah baginda perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan perubahan iklim dunia kini tidak menentu menyebabkan kerap berlaku bencana.

Tuanku Sultan turut bertitah kaedah penanaman padi secara berskala besar perlu diperluaskan.

Titah baginda sehingga kini usaha sedemikian dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Kedah tidak mempunyai pilihan untuk memperbesarkan kawasan penanaman padi melainkan melalui penerokaan.

“Kaedah penanaman baharu dan penggunaan teknologi yang lebih moden seperti yang diusahakan LZNK dan MADA perlu diperluaskan,” titah baginda.

Menurut baginda Kedah berperanan penting agi memastikan bekalan beras negara mencukupi, namun dalam masa yang sama pembangunan perumahan, komersial dan industri merupakan keperluan untuk meningkatkan ekonomi. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -