Perang, adakah hanya sekadar angkat senjata?

Memerangi gejala LGBT merupakan antara 'perang' yang dituntut Islam.
- Advertisement -

Sekian lama, sejarah dunia terus menerus dipenuhi dengan kisah-kisah perang di serata dunia, bahkan sehingga ke zaman ini pun, masih ada peperangan yang masih belum berakhir.

Contoh perang yang masih berlanjutan dari tahun 1947 sehingga ke hari ini ialah antara Pakistan dan India yang mensasarkan pemilikan wilayah Kashmir yang terletak di sempadan kedua-dua negara tersebut.

Perkara yang membezakan setiap kisah perperangan tersebut adalah dari segi motif, kronologi, teknologi serta natijah dari sesuatu perang tersebut.   

- Advertisement -

Jika mengimbau kembali sejarah terdahulu, perang hanya menggunakan mata pedang, lembing, busur panah serta kuda sebagai kekuatan perang yang kian lama menjurus kepada penciptaan senjata api yang menjadi perang di era yang lebih moden. 

Semakin canggih teknologi sehingga ke hari ini, perang turut sama menggunakan teknologi nuklear. 

Persoalannya, adakah perang ini hanya sekadar mengangkat senjata kerana dalam di era modenisasi teknologi ini, penduduk dunia bukan sahaja menyaksikan peperangan fizikal yang hanya membunuh nyawa manusia, akan tetapi mereka sendiri secara sedar atau tidak, juga sedang memerangi aliran pemikiran kini yang kian tercemar dengan kekotoran dan pengaruh buruk seperti hedonisme, terikut budaya kebaratan sehingga terjebak dalam gejala sosial yang kian menjadi-jadi.

Jangan leka dan jangan pernah sesekali menganggap jika di sebuah negara itu bebas dari peperangan, maka mereka sudah aman dan merdeka. 

Sebenarnya masyarakat silap,masih banyak perkara yang perlu diperjuangkan tambahan pula pada zaman ini, di mana generasi muda semakin mengabaikan nilai-nilai keamanan. 

Skop luas istilah ‘perang’

Dengan melawan anasir dan ideologi yang meracun minda ini juga boleh dianggap sebagai sebuah peperangan kerana perang pada dasarnya membawa maksud ‘melawan, membasmi serta menghapuskan’, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Dalam erti kata lain, perang bukan hanya melibatkan senjata akan tetapi juga terpakai pada sebuah perjuangan menentang dan melawan musuh yang tidak kelihatan. 

Skop makna bagi istilah ‘perang’ ini lebih luas lagi makna dan aspeknya jika ingin diulas lebih lanjut, tetapi cukup lah kita fahami, senjata bukan syarat utama dalam peperangan. 

Kita sudah berada dalam fasa akhir zaman, yang mana cabaran untuk kita hadapi semakin sukar dan berat kerana majoriti masyarakat seantero dunia telah terperangkap dalam aliran pemikiran yang tidak sihat ini. 

Bagi yang masih di landasan yang benar, hendaklah bersedia untuk menanggung tanggungjawab yang berat dalam menjaga pemikiran dan pegangan masing-masing dan ahli keluarga daripada terjerumus bersama mereka yang lalai.

Masyarakat kini sudah berpecah-belah sesama sendiri, sama ada mereka sedang berperang mati-matian membanteras ideologi karut ini ataupun mereka sedang hanyut lalai di dalam permainan mereka.

Ringkas sahaja contoh yang diambil, bahkan di dalam negara sahaja pun wujud golongan-golongan berhaluan kiri seperti ideologi liberal, sekular dan juga fahaman-fahaman lainnya yang sedikit sebanyak mengganggu-gugat kesejahteraan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat. 

Antara ancaman yang dibawa ialah isu untuk mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgander (LGBT) di negara ini walhal sudah jelas ini bertentangan dengan ajaran islam serta hak asasi manusia. 

Perbuatan homoseksual dan seangkatannya terbabit, jelas sekali merupakan perkara yang keji dan tidak bermoral. 

Fahaman karut LGBT

Hal ini amat mengerikan bagi masyarakat yang masih waras pemikirannya kerana golongan LGBT kini yang telah hilang sifat malu mereka dan sudah berani lantang bersuara untuk memperjuangkan perbuatan jijik mereka itu supaya diiktiraf di negara yang suci ini. 

Mereka juga kini sudah berani melawan sekiranya ada yang menentang LGBT secara terang-terangan.

Mereka akan digelar homofobik dan dianggap tidak menghormati hak asasi manusia dari segi kebebasan dalam bersuara dan membuat pilihan. Padahal, umum mengetahui bahawa fahaman LGBT hanyalah fahaman yang karut semata-mata.

Mustahil bagi manusia terpesong dari landasan fitrah secara semula jadi untuk ke arah yang hina sedemikian, hanya dengan menjaja alasan ‘kebebasan’ (hak), depresi serta alasan-alasan rekaan mereka aneh seperti jiwa wanita di tubuh seorang lelaki. 

Sebagai penduduk negara yang majoritinya beragama Islam, ini ialah satu penghinaan dan ancaman yang jelas amat besar dan berbahaya kepada agama dan negara. 

Sia-sialah perjuangan pahlawan negara pada zaman dahulu jika generasi anak cucu mereka kini kian hancur dan sudah pasti nya mereka kecewa jikalau diberi peluang melihat kemusnahan akhlak dan pemikiran masyarakat Malaysia kini, yang mana mereka sanggup berkorban jiwa raga demi jaminan keselesaan generasi yang mendatang.

Harus kita fahami bahawa objektif bagi setiap peperangan ialah untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan, tapi akibat pemikiran yang berlainan dan merasakan pihak sendiri benar, maka terjadi perbalahan yang kian berleluasa. 

Sungguhpun begitu, sudah menjadi lumrah manusia untuk hidup dalam keamanan. Tidak semua orang mahukan peperangan berlanjutan kerana ia bukan sahaja memakan angka korban jiwa yang tidak terkira, bahkan juga landskap dan prasarana negara yang indah turut menjadi kerugian serta kehilangan. 

Tambahan pula bagi yang beragama Islam, hukumnya wajib berperang jika keadaan memaksa walau perlu berkorban jiwa raga kerana ganjaran syahid itu adalah janji Allah yang pasti. 

Walaupun di zaman sekarang ini, yang mana Malaysia tidak lagi dalam keadaan perang secara fizikal serta membabitkan pertumpahan darah, masih wujud satu jihad iaitu jihad melawan hawa nafsu. 

Jihad dalam melawan hawa nafsu ini juga diangkat tarafnya kerana melawan hawa nafsu ialah suatu yang tidak mudah kerana ia musuh yang tidak kelihatan yang hanya dapat diatasi dengan kekuatan akal dan pegangan yang kukuh.

Ayuhlah kita sama-sama menjaga kestabilan negara agar keamanan terus terjaga. Salam perdamaian dan salam satu Malaysia. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

Mohd. Roslan Mohd. Nor ialah Profesor, dan Mohamad Firdaus Naim Mohd Noor merupakan mahasiswa di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.       

                                                                                                                        PENAFIAN: HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -