Kedah, Terengganu martabat program berkaitan wanita

Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kedah dan Terengganu bertukar-tukar pandangan mengenai program berkaitan wanita khususnya di negeri di bawah pentadbiran PERIKATAN NASIONAL (PN).

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, pihaknya membincangkan mengenai perkara itu sempena kunjungan Adun Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor.

“Dalam perjumpaan tersebut kami bertukar fikiran dan pengalaman khususnya berkenaan pembangunan wanita yang sesuai dilaksanakan di Kedah dan Terengganu,” katanya pada program tersebut semalam.

Pertemuan yang diadakan di Bilik Gerakan, Wisma Darul Aman itu turut dihadiri Speaker Dun Kedah Dato’ Juhari Bulat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad.

Sempena program tersebut Halimaton turut membentang beberapa program kebajikan wanita yang dilaksanakan di Kedah.

Siti Ashah juga berkata, turut dibincang berkenaan Squad Waja (Skuad Sukarelawan Wanita) dan rumah perlindungan wanita yang dicadang diwujudkan di setiap daerah.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, (Hal-Ehwal Wanita), Nor Hafizah Fadzil. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -