Dr Halimah wanita pertama dipilih sebagai Naib Yang Dipertua

- Advertisement -

SERAMAI 18 Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan berjaya mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023 hingga 2025. 

Mereka adalah terdiri daripada pemimpin tertinggi negeri sendiri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi di Kuala Langat, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Tuan Haji Shafie Ngah (Bangi) dan Ustaz Hj Noor Najhan Mohamad Saleh (Kapar), Bendahari Negeri YB Tuan Hj Hasnizan Harun (Hulu Selangor).

PAS Negeri Selangor juga menyaksikan muka baru di 4 kawasan iaitu Sepang, Tuan Hj Sabirin Marsono, seorang Jurutera, di Damansara, Ustaz Hamzah Abu Seman, seorang pendakwah, Shah Alam, Ustaz Mohamed Sukri Omar seorang lulusan Pengajian Islam dan Petaling Jaya Tuan Mohd Zubir Embong seorang Peguam. 

Sementara itu Ahli Parlimen Kapar YB Dr Halimah Ali menjadi wanita pertama diangkat sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan di Kapar.

PAS sentiasa komited terhadap prinsip dan amalan demokrasi dalam proses pemilihan parti bagi membina generasi kepimpinan yang bersih, sejahtera dan toleran.  

Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-69 bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan.  

Menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Selangor ke-15, PAS dan rakan-rakannya di Selangor komited mendukung Budaya Politik Matang Sejahtera dan memimpin Gelombang Hijau bagi membawa perubahan ke arah kebaikan buat negeri ini.   

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha PAS Negeri Selangor 
Isnin 
13 Mac 2023/ 20 Shaaban 1444H – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -