SSB sektor awam sedang dalam kajian menyeluruh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam kajian menyeluruh sistem saraan baharu (SSB) sektor awam yang melibatkan semua skim perkhidmatan termasuk skim perkhidmatan di agensi penguatkuasaan.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan yang berkaitan akan dimaklumkan melalui pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa kelak.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh [PN-Pasir Puteh] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini,

Nik Muhammad Zawawi dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak Kerajaan dalam perancangan untuk mempertimbang pelan penambahbaikan skim perkhidmatan awam khususnya melibatkan agensi penguatkuasaan seperti kastam, imigresen, maritim dan seumpamanya. – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -