Dua NGO terima Anugerah Khas PAS Sepanggar

Dr Aliakbar menyampaikan anugerah kepada Pengerusi Kita Care.
- Advertisement -

SEPANGGAR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kita Care dan Belia Kampung Likas telah menerima Anugerah Khas Yang Dipertua (YDP) PAS Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan.

- Advertisement -

Anugerah itu telah disampaikan semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan, PAS Kawasan Sepanggar kali ke-13 di Hotel Has Kingfisher, di sini semalam.

Penyampaian anugerah itu bagi menghargai NGO yang banyak menyumbang kepada masyarakat.

Menurut Pengerusi Kita Care, Abdullah Linta, NGO itu telah ditubuhkan pada tahun 2020, semasa pandemik Covid-19 dengan menjalankan perkhidmatan van jenazah percuma.

Kata beliau, sehingga kini pihaknya telah mengendalikan perkhidmatan itu melibatkan lebih 180 jenazah. 

“Perkhidmatan ini terbuka untuk semua kaum dan agama serta kami mengharapkan sumbangan ni terus bermanfaat untuk masyarakat.

“Bagi masyarakat yang memerlukan perhidmatan boleh menghubungi saya di talian 01164846614,” ujarnya ketika ditemui Harakahdaily.

Sementara itu, menurut Pengerusi NGI Belia Kampung Likas, Johari Jokran, pertubuhan mereka dibentuk hasil perbincangan dalam kalangan belia Kampung Likas untuk membantu kerja kebajikan, kebudayaan, dakwah serta menyelesaikan masalah penduduk kampung.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan YB terutamanya dalam perkara yang melibatkan kebajikan penduduk kampung.

“Selain bantuan makanan, baik pulih rumah juga antara isu besar dalam kampung kami serta isu kebersihan yang melibatkan kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” katanya. – HARAKAHDAILY 5/3/2023

Dr Aliakbar menyampaikan anugerah kepada Pengerusi NGI Belia Kampung Likas.
- Advertisement -