PrEP dikhuatiri galak seks songsang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu serius dalam melaksanakan program pencegahan tingkah laku, terutama seks songsang yang mengundang kepada jangkitan HIV.

Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata, pemberian penggunaan ubat profilaksis pra-pendedahan (PrEP) kepada pengamal seks songsang yang negatif HIV seolah-olah menggalakkan dan tidak menghalang untuk aktiviti seks songsang.

- Advertisement -

“Saya dapat maklumat juga bahawa program perintis ini tidak mendapat pandangan fatwa dan pihak berkepentingan di beberapa peringkat pada peringkat awalnya sebelum dimulakan pada Januari 2023,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengikut soalan asal, Dr Ahmad Yunus yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, meminta kerajaan untuk menyatakan kesan penggunaan PrEP kepada kewangan negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, pula berkata, kerajaan akan meneliti semula berhubung kesan kepada kewangan negara selepas tempoh pelaksanaannya selesai termasuk keperluan meneruskan projek rintis pada tahun seterusnya. – HARAKAHDAILY 2/3/2023

- Advertisement -