Empangan Sabo bagi atasi banjir di daerah Yan

Ustaz Hassan Saad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan projek-projek kecil pemuliharaan sungai bagi Negeri Kedah di bawah RMKe-12 iaitu 103 projek pemuliharaan sungai berjumlah RM12 juta dan 197 projek kerja-kerja kecemasan luar jangka berjumlah RM7.9 juta.

- Advertisement -

Menurut kementerian itu, pada tahun 2023, sebanyak RM14 juta akan disalurkan ke Negeri Kedah bagi projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir.

Katanya, bagi langkah mitigasi jangka panjang pula, kementerian sedang melaksanakan pembangunan Empangan Sabo bagi mengatasi masalah banjir di daerah Yan dan Kuala Muda dengan kos kontrak sebanyak RM22.8 juta dan dijangka siap pada Jun 2023.

“Manakala di kawasan Kampung Iboi, Baling projek Pembinaan Infrastruktur Sabo di Lembangan Sungai Kupang, Baling di peringkat penyediaan spesifikasi dan dijangka tender pada Mei 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM26.3 juta,” ujarnya.

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Hassan Saad [PN-Baling] di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalannya, Ustaz Hassan minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan perkembangan terkini projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di bawah RMK-12 bagi negeri Kedah khususnya melibatkan kerja menstabilkan tebing dan pengaluran sungai. – HARAKAHDAILY 2/3/2023

- Advertisement -