Sekat royalti langgar hak negeri

- Advertisement -

KERAJAAN negeri berhak mendapat bayaran daripada hasil petroleum seperti yang dipersetujui melalui Akta Kemajuan Petroleum 1974. 

Menurut akta tersebut, minyak yang ditemui di sesebuah negeri hendaklah diserahkan kepada PETRONAS dan syarikat itu pula dikehendaki membayar wang tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam satu jumlah wang yang dipersetujui.

https://bit.ly/3Ydt8oF

Begitu juga Perjanjian 1975 antara Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS yang memeterai cara pembayaran wang tunai yang kena bayar di bawah perjanjian yang hendaklah dibayar pada tiap-tiap setengah tahun. PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5 peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

Malangnya, ‘drama’ royalti minyak ini tetap berulang apabila pembayaran tersebut enggan dibuat kepada negeri yang dipegang oleh pembangkang termasuk Kelantan.

Adapun alasan kedudukan medan pengeluaran terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut adalah tidak relevan dan tidak berbangkit.

Tun Mohamed Salleh Abas, mantan Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan yang terlibat secara langsung dalam penggubalan akta ini telah menegaskan bahawa isu mengenai penemuan minyak di luar kawasan 3 atau 12 batu nautika tidak boleh dijadikan asas undang-undang untuk menghapuskan hak negeri itu.

“Isu ini telah dihapuskan dan diselesaikan (selepas penubuhan PETRONAS) oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan (Akta Perlombongan Petroleum 1966) tidak relevan lagi,” kata Mohd Salleh.
https://m.malaysiakini.com/news/159

Begitu juga sebagai rekod, Kelantan telah menolak Akta Laut Wilayah 202 (Akta 750) melalui persidangan Dewan Undangan Negeri pada 5 November 2019. 

Penolakan ini menjadikan Kelantan dan Sabah yang tidak terikat dengan had sempadan negeri hanya kepada tiga batu nautika (5.556 KM) dan sempadan laut tidak terjejas iaitu sehingga ke sempadan Antarabangsa.

Justeru, keputusan kerajaan untuk menyekat bayaran ini kepada Kelantan dan Terengganu adalah satu bentuk diskriminasi. Hanya kerana dua negeri ini milik pembangkang.

Jangan diulang era pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang zalim kepada rakyat Negeri Kelantan.

Begitu juga dengan tindakan menyalurkan pemberian wang ihsan tanpa melalui kerajaan negeri yang sangat bertentangan dengan konsep federalisme.

Semua pihak seharusnya menghormati perjanjian sedia ada antara PETRONAS dan negeri serta berlaku adil kepada setiap rakyat di negara ini selaras dengan konsep Madani yang sebenar.

Wang rakyat dan negeri wajib dibayar kerana menafikan hak adalah suatu penindasan tanpa prejudis.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
9 Syaaban 1444 / 2 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 2/3/2023

Rujukan:

Akta Kemajuan Petroleum 1974
https://bit.ly/3Ydt8oF

K’jaan pusat tiada hak hapus royalti T’ganu
https://m.malaysiakini.com/news/159

Tun Salleh Abbas dedahkan

- Advertisement -

Perjanjian ialah 5 peratus royalti minyak, bukannya wang ihsan, kata Ku Li
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/29/perjanjian-ialah-5-royalti-minyak-bukannya-wang-ehsan-kata-ku-li/

Sekat royalti petroleum langgar hak negeri – pensyarah

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!