PAS sedia ketengah muka baharu pertahan Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Kelantan bersedia mengetengahkan muka-muka baharu yang mampu membawa kemenangan kepada parti itu dan PERIKATANAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, calon muda yang berkaliber akan ditampilkan untuk mempertahankan kemenangan.

Katanya, PAS akan memilih calon yang dianggap layak bagi mempertahankan kerajaan negeri, PAS dan PN pada PRN.

“Bagaimanapun perkara itu akan ditentukan Majlis Syura Ulamak. Kita sudah membuat kajian di peringkat akar umbi dalam persediaan menghadapi pilihan raya.

“Berdasarkan kajian dilaksanakan kita putuskan untuk tidak fokus kepada kuota dalam pembahagian kerusi, sebaliknya lebih menumpu faktor calon boleh menang,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MABNA di sini hari ini.

Beliau juga optimis PAS dan PN mampu mencapai kemenangan 45-0 pada PRN nanti mengulangi pencapaian PRU15 peringkat Parlimen, 19 November tahun lepas.

Katanya, keyakinan itu bersandarkan gelombang sokongan dan semangat anak muda serta pengundi terhadap PAS dan PN dianggap masih belum luntur. – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -