Belanjawan 2023 anak tiri negeri pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu, terus menganaktirikan kedudukan Ahli Parlimen pembangkang.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN-Machang) berkata, kesan penyisihan tersebut mampu melemahkan negara dari segi pembangunan.

- Advertisement -

“Kalau kita lihat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), tadi YB Kubang Kerian ada membangkitkan, memang ada peruntukan yang jelas negeri-negeri yang kurang membangunkan seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian penuh dari segi perbelanjaan peruntukan pembangunan.

“50 peratus peruntukan yang dibuat oleh kerajaan perlu disalurkan untuk memudahkan, mempersiapkan semua projek yang telah diluluskan di bawah RMK12.

“Barulah pertumbuhan negara itu dapat kita kongsi secara adil dengan semua rakyat Malaysia,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Ketua Pemuda PN berkata, Sabah dan Sarawak diberi layanan yang cukup baik namun tidak kepada negeri lain.

“Alhamdulillah kalau kita lihat Sabah dan Sarawak diberi layanan yang cukup baik, tapi apa beza kami, kami juga menyumbang kepada percukaian negara, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Tapi dari segi pemberian peruntukan seperti dimaklumkan sebelum ini tidak disalurkan kepada kerajaan negeri, ini tidak baik kerana dari segi pembangunan sesebuah negeri yang menjalankan adalah kerajaan negeri bersama agensi-agensinya.

“Jadi kalau kita amalan `double standard’ sebegini, ia tidak langsung dapat membantu pembangunan negara secara keseluruhannya,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -