Finland mula bina pagar di sempadan Rusia

Sempadan Finland dan Rusia terbentang sejauh 1,300 kilometer. (FOTO: Business Insider)
- Advertisement -

ATHENS: Finland telah memulakan pembinaan pagar di sepanjang sempadan negara itu dengan Rusia.

Pembinaan itu bermula dengan pengalihan pokok di kedua-dua belah sempadan Imatra, yang mana pagar ujian awal akan dibina sepanjang 3 kilometer (1.8 batu) yang  akan siap menjelang akhir Jun ini, lapor penyiar awam negara itu, YLE.

- Advertisement -

Pengawal Sempadan Finland dalam kenyataannya mengumumkan bahawa persekitaran keselamatan yang berubah akibat perang di Ukraine menyebabkan pembinaan itu sesuatu yang sangat perlu.

“Mengikut perancangan kami, pagar penghadang perlu dibina untuk jarak kira-kira 200 kilometer di sepanjang sempadan timur kami sepanjang 1,300 kilometer,” ujar kenyataan itu.. 

Menurut kenyataan itu lagi, bahagian utama penghalang itu akan terletak di sempadan tenggara, yang merupakan kawasan tumpuan kawalan sempadan.

“Pembinaan pagar di sempadan Finland-Rusia itu dijangka berlangsung dalam tempoh  tiga hingga empat tahun, bergantung kepada keadaan kewangan,” katanya.  – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -