Guna teknologi secara holistik atasi pembalakan haram

- Advertisement -

SAYA menyambut baik langkah-langkah mengaplikasikan teknologi secara holistik dalam membanteras pembalakan haram yang sering kali berlaku dalam negara ini. 

Berdasarkan jawapan menteri di Dewan Rakyat pagi ini menyatakan terhadap 90 kes pembalakan haram direkodkan di seluruh negara pada tahun lalu dan didakwa mengikut pindaan Akta Perhutanan Negara 1984. 

Selain itu, penggunaan teknologi seperti dron, Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS), Geographic Information System (GIS) dan imej satelit yang berfungsi untuk memantau dan mengenal pasti aktiviti hutan secara makro dan mikro secara cepat dan efisien amat membantu penguatkuasa memerangi pencerobohan hutan mahupun pembalakan haram.

Saya berharap penggunaan teknologi terus diperluaskan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa di seluruh negara dalam membanteras pembalakan haram secara konsisten. 

Pada masa yang sama, pemantauan berkala juga perlu dilakukan berkaitan dengan isu penyalahgunaan lesen pembalakan di kawasan hutan simpan kekal iaitu melebihi kawasan pengeluaran yang ditetapkan oleh sesebuah negeri. Permasalahan ini juga menjadi salah satu punca menjejaskan ekosistem hutan, tadahan air dan habitat hidupan liar. 

“Malaysia Sejahtera”

YB TUAN CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – HARAKAHDAILY 27/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -