Mangsa terselamat makin sukar ditemui, korban cecah 26,000

Pasukan penyelamat mengangkat Hediye, 16, dari Syria yang terselamat di Kahramanmaras, Turkiye. - REUTERS
- Advertisement -

ANTAKYA, TURKIYE/JANDARIS, SYRIA: Jumlah mangsa yang terselamat semakin berkurangan selepas lima hari gempa bumi di Turkiye dan Syria, semalam, iaitu lima hari selepas antara bencana alam terburuk di rantau ini berlaku.,

- Advertisement -

Jumlah kematian kini mencecah 26,000 dan dijangka terus meningkat. Turkiye menyatakan bahawa kira-kira 80,000 orang berada di hospital, dengan lebih 1 juta orang di tempat perlindungan sementara.

Menghadapi cabaran getir pengendalian gempa bumi paling dahsyat di Turki sejak 1939, Presiden Tayyip Erdogan, berjanji untuk memulakan pembinaan semula dalam tempoh beberapa minggu selepas beliau berkata, ratusan ribu bangunan musnah.

Di Syria, bencana paling teruk melanda kawasan barat laut yang dikuasai penentang kerajaan menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal buat kali kedua selepas kehilangan tempat tinggal akibat peperangan.

Di bandar Antakya selatan Turkiye, beg mayat diletakkan di jalanan, manakala penduduk memakai topeng untuk melawan bau kematian ketika mereka menyertai pasukan penyelamat yang masih perlu sampai ke beberapa bangunan.

“Terdapat huru-hara, runtuhan dan mayat di mana-mana,” kata seorang lelaki yang kumpulannya bekerja semalaman cuba menghubungi seorang pensyarah universiti yang memanggil mereka dari runtuhan.

Menjelang pagi, pensyarah itu berhenti menjawab panggilan mereka.

Di Kahramanmaras yang berhampiran pusat gempa di Turkiye, tidak begitu banyak operasi menyelamat yang kelihatan di tengah-tengah timbunan konkrit rumah dan blok pangsapuri yang tumbang.

Namun di sebuah bangunan, penyelamat menggali runtuhan untuk mencapai seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang masih hidup, mengangkatnya di atas pengusung, dibalut dengan kerajang, dan melaungkan “Allah Maha Besar”.

Hanya beberapa yang lain dibawa keluar hidup-hidup semalam. – REUTERS

- Advertisement -